Sabtu, 25 Disember 2010

Rahsia Surah Al-Fatihah

Diri ini ingin kongsi kan rahsia surah al fatihah..

Sesungguhnya Siapa yang membaca Surah al-Fatihah, setiap ayat yang dibaca itu langsung dijawab oleh Allah.

Hadis Sahih Muslim diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:
Rasulullah s.a.w. bersabda : Telah berkata Allah Azza-wa Jalla : Aku bahagi surah al-Fatihah antaraKu dan hambaKu menjadi dua bahagian (maksudnya : satu per dua untukKu dan seperdua lagi untuk hambaKu), dan akan Ku beri hambaKu apa yang mereka minta itu.

Apabila hambaKu itu berkata : “Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalamin”, Allah menjawab : ”HambaKu memujiKu” ;

dan apabila hambaKu berkata : “Arrahmaanir Rahiim” , Allah menjawab : “HambaKu menyanjungKu” ;

dan apabila hambaKu berkata : “Maaliki Yaumiddin”, Allah menjawab : “HambaKu memuliakanKu”,

dan apabila hambaKu berkata “Iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’iin” dan “Ihdinashshiraathalmustaqiim, shiraathal ladzina an’amta ‘alaihim, ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh-dhaalliin”, Allah menjawab : Ini semuanya untuk hambaKu, dan berilah hambaKu apa yang ia minta”

1 ulasan: