Sabtu, 25 Disember 2010

Ozzy Osbourne suruh Lady Gaga 'berehat'

LOS ANGELES 24 Dis. - Ozzy Osbourne mahu Lady Gaga 'berehat' daripada menjadi tumpuan ramai walaupun hanya dalam tempoh satu jam.

Bekas penyanyi utama kumpulan heavy metal Black Sabbath yang kini masih aktif sebagai penyanyi solo itu berkata, bintang pop tersebut perlu meninggalkan 'pakaian peliknya' untuk seketika.

"Saya rasa Lady Gaga perlu berehat seketika, dia agak keterlaluan dan terlalu menonjolkan diri.

"Dia boleh menjadi Madonna seterusnya jika dia berkelakuan betul. Saya suka dia, tetapi saya jelak dengan sikapnya. Apabila saya menonton televisyen, saya ternampak dia memakai cermin mata berlampu dan macam-macam lagi pakaian pelik," katanya kepadaUsmagazine.com.

Osbourne mengakui dia menyukai Lady Gaga kerana dia seorang yang menghiburkan tetapi imej berbeza yang ditampilkan setiap hari oleh penyanyi wanita itu disifatkan sebagai keterlaluan.

"Keistimewaan Lady Gaga mungkin akan membunuh kerjayanya jika dia terus dengan gayanya itu," katanya. 

- AGENSI

1 ulasan: