Rabu, 25 Ogos 2021

Masih dalam era Covid-19

Hai semua, assalamualaikum..

Tak sangka jumpa balik blog ni walau dah tinggal lama. Last kyra update 2017 kot.  2018 dah busy dengan persiapan kahwin (akhirnya kahwin jgk..hahaha). disebabkan boring kot, bertukar lagi kerjaya.. hurm dah takdir kot ke Bangi pulak, asal merantau Bangi, akhirnya balik ke Bangi. Ah bosan la cerita pasal kerjaya ni.

Okay. di pendekkan cerita 2021 dah ye. Cepat je masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah masuk era Covid-19. Virus yang bahaya &  boleh membunuh. 2 tahun ni, PKP, PKPB, PKPD & PKPP je. Rindu nye 2 tahun lepas, bebas je kemana2.. ke sana ke sini.. bercuti, balik kampung..mandi pantai harghhh!!

Jadi, kita stay at home & jaga diri. Mungkin inilah ujian dari Allah S.W.T untuk hamba- Nya yang leka dengan duniawi semata. Harap cepatlah semua ni berakhir. Aamiin..