Khamis, 23 Disember 2010

Himpunan Petua Melayu


Hilangkan karat pada gigi Cara untuk menghilangkan karat dari gigi adalah dengan dengan mengambil biji asam jawa, kemudian gorengkan tanpa minyak lalu ditumbuk hingga halus. ambil debunya dan gosokkan pada gigi dengan kain atau berus gigi.Lakukan setiaphari dan InsyaAllah anda akan dapat melihat kesannya. 

Legakan Sakit kepala 
Sakit kepala boleh dihilangkan dengan cara mengambil daun lemuni hijau lebih kurang sekilogram dan dimasukkan kedalam sarung bantal. Kemudian tidurlah diatasnya selama dua tiga hari. InsyaAllah sakit kepala anda akan berkurangan dan anda akan berasa segar. 

Kurangkan kadar kolestrol 
Perah sedikit lemon dan campurkan dengan secamca teh minyak zaitun. Amalkan meminumnya dua atau tiga hari sekali atau setiap kali mengmbil makanan berkolestrol tinggi. InsyaAllah kesannya akan dapat dirasai dalam masa seminggu.Ia juga dapat menghilangkan pembentukan selulit. 

Kulit Berkedut 
Ambil sebatang lobak merah , bersihkan dan parut, setelah itu campurkan sebiji kuning telur dan secamca besar tepung jagung. Bahan ini dikacau hingg sebati , setelah itu bolehlah dilumurkan pada kulit muka. Lakukan sekali sehari pada waktu malam. Cucilah muka ketika hendak tidur dengan air suam. Amalkan Selalu insyaallah berkesan. 

Sakit Gigi 
Ambil sebatang serai dan titik bahagian hujungnya.Salai seketika diatas api dan sewaktu masih suam , gigit pada tempat sakit. InsyaAllah sakit akan berkurangan. 

Senggugut 
Ambil sembilan biji pinang tua , dibakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan dengan secawan air suam dan minum. Amalkan petua ini sembilan hari berturut-turut dari hati mula kedatangan haid. InsyaAllah mujarab. 

Petua Menghentikan Pendarahan 
Ambil tembakau rokok dan tekapkan pada bahagian yang berdarah. Waktu menekapkannya pada luka hindarkan dari terkena air. Hasilnya , insyaAllah darah akan berhenti mengalir dan luka tidak lagi terasa sakit. 

Turunkan suhu Badan Bayi 
Gunakan 3 jari tangan anda (ibu jari , telunjuk dan jari hantu), baca bismillah dan selawat 3 kali. Masukkan 3 jari tersebut kedalam beras. Genggam dan lepaskan beras dari genggaman kedalam secawan air masak. Biarkan beras yang melekat pada ketiga jari itu, dan makan beras tersebut. Gunakan air yang bercampur dengan beras tadi untuk disapukan kebadan bayi. InsyaAllah suhu badanbayi akan berkurangan. 

Hilangkan Kesan Teh 
Ambil saja sedikit ubat gigi dan sapu pada kole atau gelas yang ada kesan berkarat dari teh. Ambil sehelai kain bersih dan gosokkan padanya. InsyaAllah kesan teh akan hilang dengan mudah dan gelas atau kole anda tidak akan tercalar. 

Elak ikan melekat ketika digoreng 
Seringkah anda menghadapi masalah ketika mengoreng ikan? Anda hanya perlu memasukkan beberapa keping asam keping bersama ikan yang sedang digoreng. Selamat mencuba. 

Menjadikan wajah berseri 
Kebiasaannya setiap orang mahukan wajah licin terutamanya kaum wanita. Anda tidak perlukan modal yg besar. Basuh beras dan tuskan airnya. Goreng tanpa minyak hingga hangus kemudian tumbuk halus seperti serbuk. Simpan di dalam botol. Apabila hendak digunakan ambil sedikit dan campurkan dengan air limau nipis. Gosok pada muka dan biarkan kering. Setelah itu cuci muka hingga bersih. 

Merawat bengkak usus 
Penyakit bengkak usus jika dibiarkan amat merbahaya. Jika anda ingin merawatnya, potong sebuku kunyit hidup (dimesin), sedikit garam, sedikit gula merah dan sedikit perahan air limau nipis. Campurkan semua bahan didalam segelas air suam dan diminum. Amalkanlah. 

Mengilatkan periuk 
Untuk mengilatkan periuk anda, ambil sedikit sabun mandi dan lekatkan pada berus periuk. Selepas itu berus periuk tersebut dengan kuat. Akhir sekali bilas dengan air. Pasti periuk kesayangan anda berkilauan.

Menghilangkan jerawat batu 
Kulit yang berjerawat batu mungkin akan merosakkan kecantikan muka terutama bagi kaum wanita. Untuk menghilangkannya, ambil beras, tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur tiga kali seminggu. Insyaallah jerawat batu anda akan hilang. 

Rawatan jika terkena minyak atau air panas 
Ambil sedikit kicap dan garam halus. Kemudian sapukan kedua-dua bahan tadi di tempat yg terkena minyak atau air panas. Sebelum itu berselawatlah keatas Nabi S.A.W sebanyak 3 kali. 

Mengelakkan gula dimasuki semut 
Masukkan kulit kayu manis ke dalam bekas simpanan gula. Insyaallah semut akan lari. 

Menghilangkan demam campak 
Caranya sebelum merebak keseluruh badan, pesakit itu hendaklah diberi minum air kelapa dan kemudian mandikan dengan air kelapa itu (boleh dicampur dengan air). 

Karipap lebih rangup 
Ramai suri rumah merungut apabila kulit karipap yang mereka buat liat dan keras. Cara mengatasi masalah ini mudah iaitu sebelum mengadun marjerinbersama tepung gandum, panaskan marjerin yang telah disukat bersama 1/2 cawan minyak masak. Biarkan mendidih. Tuangkan minyak tadi kedalam adunan tepung, kemudian ulilah seperti biasa. Dengan ini karipap anda akan rangup dan enak. 

Melegakan selsema bayi 
Ambil sebiji kunyit, patahkan, potong atau tumbuk. Kemudian sapukan pada batang hidung bayi anda. Insyaallah jika selalu diamalkan, hidung bayi anda tidak akan tersumbat dan dia akan tidur nyenyak. 

Melembutkan daging 
Caranya ialah rebuskan daging yang telah siap dicuci dengan satu camca serbuk soda bikarbonat. Setelah daging lembut bolehlah dicuci dengan air bersih sebelum digunakan untuk memasak sup atau rendang. Juga boleh direbus bersama daun nangka jika tiada serbuk soda. 

Menghilangkan parut luka 
Bekas parut yang berwarna hitam selalu mengganggu penampilan kita. Usahlah bimbang, ada cara untuk menghilangkannya. Ambil sebiji ubi kentang dan kukus dan apabila sudah masak, lumatkan hingga halus dan tempelkan pada parut tersebut. Biarkan hingga kering dan bekas parut itu akan hilang dengan sendirinya. Amalkan sehingga kesan parut hilang. 

Memudahkan mengopek kerang 
Memakan makanan memanglah suatu yang melazatkan tetapi untuk mengatasi cara pemakanannya adalah suatu yang membosankan dan menyusahkan terutamanya kerang. Suri rumah tentu mengeluh apabila isi rumah ingin memakan atau meratah makanan ini. Di sini ada petua untuk memudahkan mengopek kerang. Caranya ialah apabila anda merebus kerang, campurkan sesudu minyak masak kedalam air rebusan. mudah-mudahan kerang itu akan terbuka sedikit dan memudahkan anda mengopeknya. 

Merawat penyakit buasir 
Kebanyakkan kaum lelaki mengalami masalah ini. Cara untuk mengatasinya ialah ambil sebiji kelapa gading yang kecil berwarna kuning, bakar atau panaskan hujungnya. Kemudian tekapkan pada bahagian yang sakit. Lakukan berulang kali sehingga berasa selesa. 

Mengatasi bayi demam selepas disuntik 
Bagi ibu yang mempunyai anak dan sering demam setiap kali disuntik, bolehlah mencuba petua ini. Selepas anak anda disuntik, sapukan bawang kecil yang dipotong pada tempat yang disuntik. Seeloknya bawang tersebut hendaklah dibawa setiap kali anda keklinik. Insyaallah dengan cara ini dapat mengatasi demam anak. 

Menghilangkan gatal getah keladi 
Sebelum menyiang keladi pastikan tangan tidak basah. Lumurkan beberapa keping asam keping (asam gelugur) pada tangan. Insyaallah tangan tidak gatal lagi. Seperkara lagi semasa menyiang keladi iaitu semasa menanggalkan kulit nipis dibahagian luarnya, janganlah batang keladi direndam dengan air. Setelah siap kesemuanya, barulah dibasuh bersih dan masukkan bersama beberapa keping asam gelugur jika masih terdapat kegatalan. 

Mempercepatkan pembekuan agar-agar 
Puding sejuk dan agar-agar kadang-kadang lambat membeku jika terlebih airnya. Untuk mempercepatkan pembekuan, loyangperlu disejukkan didalam peti sejuk tingkat teratas. Apabila cukup sejuk, isikan agar-agar didalamnya. Pasti hasilnya amat memuaskan. 

Mengelak kain batik daripada luntur 
Untuk mengelakkan kain batik daripada luntur warnanya dan mudah pudar, eloklah digunakan daun betik agar warna kain tetap cantik dan nampak baru. Caranya ialah ambil beberapa helai daun betik dan rebus bersama air. Ketika air rebusan masih panas, masukkan kain batik dan rendam semalaman. Setelah itu bolehlah dicuci seperti biasa. Insyaallah, kain itu tidak akan luntur lagi. 

Memudahkan bayi buang air besar 
Jika bayi anda sukar buang air besar, cubalah ambil sedikit asam jawa dan gaul atau ramas dengan sedikit air biarkan ia agak pekat kemudian sapulah pada bahagian ubun-ubun bayi anda juga pada pusatnya. Cubalah petua ini dan amalkan setiap hari. Insyaallah bayi anda tiada masalah sebu perut. 

Cara merawat penyakit panau 
Jika anda ada panau, tentu memalukan. Apatah lagi jika panau ketara pada muka. Cuba petua ini. Ambil sepotong halia, tumbuk lumat kemudian tempelkan pada tempat berpanau. Insyaallah anda akan perolehi hasilnya. 

Menghilangkan bau nasi hangit 
Untuk menghilangkan bau nasi hangit, caranya ialah ambil beberapa helai daun limau purut, carik-carikkan dan masukkan di dalam nasi hangit - tutup semula tudung periuk. Pasti nasi berbau harum. 

Merawat cirit-birit dan menghilangkannya 
Bagi mereka yang mengalami cirit-birit, bolehlah mengamalkan makan pucuk jambu batu. Caranya: rendam pucuk jambu batu itu di dalam air panas bersama sedikit garam untuk membersih kekotoran pada pucuk jambu itu. Setelah agak layu, bolehlah terus dimakan. Insyaallah perut tidak lagi sakit dan usus-usus berfungsi dengan baik semula. 

Menghentikan hidung berdarah 
Cuaca terlalu panas boleh mendatangkan kemudharatan. Antaranya, berlaku pendarahan melalui hidung. Untuk menghentikan segera pendarahan, ambil sehelai daun sirih, gulung hingga kecil dan sumbatkan ke dalam hidung yg berdarah. Insyaallah darah akan cepat berhenti. 

Kacang hijau cepat empuk 
Apabila kita merebus kacang hijau, masukkan sedikit minyak ke dalam periuk dan letakkan atas api. Banyakny aminyak masak terletak pada banyaknya kacang hijau yang di rebus. Kalau sekilo kacang, masukkan setengah camca minyak. Insyaallah akan cepatlah empuk, lepas tu bolehlah masukkan santan dan gula seandainya membuat bubur kacang. 

Cara membersih botol susu hingga berkilat 
Menghadapi masalah mencuci botol susu terutamanya yang berbentuk unik? Berus yang tercipta khusus pun tidak mampu mencuci hingga ke celahnya. Cubalah petua ini. Masukkan sedikit beras di dalam botol susu, di campur dengan air panas atau sejuk. Goncang-goncang botol susu itu. Hasilnya bukan saja botol bersih, puting susu juga turut hilang dakinya. Petua ini boleh juga di cuba untuk membersihkan botol air plastik yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan