Rabu, 1 Disember 2010

Enam hari RM3.2 juta


NGANGKUNG catat RM3,2 juta untuk enam hari tayangan, jauh berbeza dengan tiga filem lain yang ditayangkan sepanjang November

Kutipan bagi tiga filem yang ditayangkan di pawagam sepanjang bulan ini kurang memberangsangkan apabila Estet yang diramalkan menang besar di Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) hanya mencatat RM350,000 diikuti Krayon (RM30,000) dan 2 Alam, RM230,000 pada minggu pertama tayangan. 

Bagaimanapun, sinar baru mula diberikan filem Ngangkung yang ditayangkan sejak 25 November lalu apabila mencatat kutipan RM3.2 juta untuk tempoh enam hari tayangan.

Lebih membanggakan, filem ke-42 terbitan MIG Productions Sdn Bhd ini dikatakan bakal mengatasi rekod filem paling tinggi kutipannya setakat ini, Adnan Sempit juga terbitan MIG yang ditayangkan pada Januari lalu.

Filem dijayakan Shaheizy Sam sebagai Adnan dan Intan Ladyana ini mencatat kutipan RM7.8 juta manakala Ngangkung diramalkan boleh mencatat RM8 juta berdasarkan kutipan hariannya yang konsisten RM500,000 sehari manakala kutipan pada Sabtu dan Ahad RM1.5 juta.

Produser MIG, David Teo berkata, kutipan yang dicatatkan Ngang�kung sehingga semalam merupakan satu kejutan buat dirinya kerana ia dihasilkan pengarah baru yang diberi kepercayaan buat kali pertama mengarah filem.

Katanya, kejayaan itu sangat membanggakan dirinya dan juga semua pihak yang menjayakan filem berkenaan kerana sekadar mensasarkan kutipan RM4 juta, tetapi mencatat RM3.2 juta untuk tempoh enam hari tayangan.

“Kejayaan ini disebabkan kekuatan Ngangkung dari segi jalan ceritanya yang sesuai dengan masyarakat sekarang dan juga sesuai ditonton semua lapisan masyarakat.

“Ia bukan saja untuk penonton remaja malah orang tua dan juga kanak-kanak. Ceritanya juga bukan sekadar hiburan, tetapi memberi kesedaran kepada penonton.

“Lakonan Shaheizy Sam juga membanggakan walaupun dirinya sudah sinonim dengan Adnan Sempit. Kali ini watak Sam agak berbeza kerana kali ini agak serius sebagai bapa penyayang, tetapi berubah menjadi panas baran apabila terjebak dengan judi dan nombor ekor.

“Daripada tinjauan yang saya buat di kalangan penonton, ternyata mereka sukakan lakonan Sam,” katanya.

David juga yakin jika kutipan Ngangkung terus konsisten untuk minggu kedua ini, ia mampu mengatasi kutipan Adnan Sempit yang memegang rekod kutipan filem paling tinggi setakat ini.

“Kalau dibuat perbandingan, kutipan Adnan Sempit paling ting�gi pada Sabtu dan Ahad dengan jumlah RM1.7 juta berbanding Ngangkung RM1.5 juta.

“Bagaimanapun, kutipan pada hari pembukaan RM500,000 diikuti hari-hari biasa yang konsisten dengan jumlah itu, Ngangkung mengatasi Adnan Sempit kerana kutipannya pada hari biasa agak rendah berbanding hujung minggu.

“Ia ditambah pula dengan cuti sekolah dan tarikh yang bagus pada hujung bulan membuat�kan saya yakin Ngangkung mampu mengatasi kutipan Adnan Sempit.

“Siapa tahu Ngangkung mampu mencapai sasaran 1 juta penonton sebagaimana sering disasarkan sebelum ini,” katanya.

Turut menjayakan filem genre komedi seram mengenai kegilaan segelintir masyarakat kepada nombor ekor hingga sanggup berhutang dengan along ialah Putri Mardiana, Eira Syazira, Azad Jasmin bersama pelakon komedi, Angah Raja Lawak, Azlee Jaafar dan Mazlan Pet Pet.

Selepas Ngangkung, giliran filem Aku Tak Bodoh terbitan Primework Studios Sdn Bhd pada 2 Disember, kemudian Mamat Khalid mempertaruhkan pula Hantu Mak Limah Balik Rumah (9 Disember), Aku Masih Dara arahasn Ahmad Idham (16 Disember), Janin (23 Disember) dan Damping Malam (30 Disember).

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/EnamhariRM3_2juta/Article/index_html

iNFO


Language: Malay
Genre: Horror
Running Time: 1 Hour 41 Minutes
Director: Ismail Bob Hasim
Cast: Angah Raja Lawak, Azad Jasmin, Azlee Jaafar, Eira Syazira, Mazlan Ahmad, Putri Mardiana.

Synopsis: "Ngangkung" tells the story of a lorry driver Azim who lives a moderate lifestyle with his wife Suri and his daughter. Tasnim and Wan are Azim's closest friends and they start influencing Azim to bet on the lottery. Things take a turn when the number acquired by Tasnim by the way of 'ngangkung' is successful and it changes things completely as Azim starts to enjoy indulging in the activity.


:::::cAM bEST...!!!:::

2 ulasan: