Khabar angin thari ini terbaru ada menyebut yang pemain bola sepak ini bakal menjadi pemain termahal
Malaysia selepas Safee Sali yang mencipta nama di Indonesia.
Harian Metro hari ini ada
menyebut yang Khairul Fahmi Che Mat telah di’tawarkan sehingga RM3 juta untuk
berpindah dari Kelantan walaupun kontrak masih berbaki 3 tahun.
Bayaran RM3 juta itu termasuk RM800,000 sebagai pampasan menebus
kontrak beliau kini bersama Kelantan dan khabarnya tawaran itu datang dari
negeri Johor.
Khairul Fahmi Che Mat bagaimana pun enggan mengulas lanjut
tentang kisah ini selain mengatakan yang beliau masih komited dengan kerjaya
beliau bersama pasukan Kelantan.
“Saya perlu menghormati
kontrak (bersama pasukan Kelantan) yang masih ada. Saya tidak tahu bagaimana
cerita ini timbul dan enggan memikirkannya,” ujar beliau ringkas.
Jika transaksi perpindahan kelab ini benar benar terjadi,
Khairul Fahmi Che Mat bakal menjadi pemain tempatan yang termahal selepas Safee
Sali yang menerima kontrak RM2 juta daripada kelab bolasepak Pelita Jaya FC.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan