Petaling
Jaya, 2 Oktober 2012 – Selepas 10 tahun, Pengacara Jemputan NONA (PJN) kembali
untuk musim ke-6! Mula diperkenalkan pada tahun 1990, PJN merupakan program
realiti pertama yang dianjurkan oleh TV3 untuk mencari bakat baru dalam
bidang pengacaraan dan kewartawanan. Lima juara PJN terdahulu, Datin Seri
Normala Samsudin, Joweyn Son Yee Yee, Rafidah Zahari, Tengku Khalidah Bidin dan
Datin Norjuma Habib Mohamed, masing-masing tampil dengan bakat luar biasa
seterusnya menempa nama dalam bidang masing-masing.
Selain
itu, nama-nama seperti Farrah Adeeba Ashraf, Maria Tunku Sabri, Raja Mazian
Raja Mohamed, Datin Hamidah Hamzah, Nornisamsila Othman dan Intan Jusmiera
turut pernah mewarnai pentas finalis PJN.
Berita
baik buat semua wanita! Bagi mereka yang berminat dan ingin mencuba nasib,
sertai ujibakat PJN yang bakal diadakan sepanjang bulan Oktober ini. Antara
syarat-syarat utama menyertai ujibakat PJN ialah warganegara Malaysia, wanita
berusia antara 18 hingga 28 tahun, mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya sijil
diploma, berperwatakan menarik, memiliki vokal mantap dan mampu berkomunikasi
dengan baik. Peserta juga dikehendaki membawa salinan kad pengenalan, sijil
pendidikan dan gambar berukuran pasport atau 4R ketika menghadiri ujibakat.
Ujibakat
akan diadakan di empat lokasi mengikut zon (Timur, Utara, Selatan dan Tengah).
Sesi ujibakat bermula dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Maklumat sesi
ujibakat seperti berikut:
TARIKH
LOKASI
6
Oktober 2012 Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, Kelantan
13 Oktober 2012 Hotel Regency, Alor Setar, Kedah
21
Oktober 2012 Hotel M Suite, Johor Bahru, Johor
28
Oktober 2012 Sri Pentas, Bandar Utama, Selangor
Menurut
Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9, Cik Sherina
Nordin, “Tujuan utama kami menganjurkan semula pertandingan Pengacara Jemputan
NONA atau PJN adalah untuk mencari dan menggilap bakat-bakat baru untuk
diketengahkan sebagai pengacara dan wartawan penyiaran yang berkaliber. Ini
merupakan peluang baik buat kaum wanita untuk menjadikan PJN sebagai platform
mereka mempamerkan kebolehan yang ada dan sekaligus mewarnai dunia penyiaran
tanah air sebaris nama-nama ulung seperti Dian P Ramlee, Christine Ling, Datin
Seri Normala Samsudin, Azizah Ariffin, Nurul Syuhada, Maya Karin dan ramai
lagi.”
“Peserta
yang berminat untuk menyertai ujibakat PJN dinasihatkan membuat ‘homework’
supaya lebih bersedia, contohnya, cara menemuramah responden, mampu bertutur
dengan suara yang jelas dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Gaya
penyampaian pula tidak meniru sesiapa. Fasih dalam kedua-dua Bahasa Malaysia
dan Bahasa Inggeris serta penguasaan dalam bahasa ketiga adalah satu bonus”,
tambah Ezzah Aziz Fawzy, Penerbit Eksekutif PJN.
sumber
so...kepada sesiapa yang berkelayakan bolehlah mencuba nasib untuk jadi pengacara ye...eyra pon minat la jugak tapi xcukup layak kot..hehehe..Good Luck!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan