JIKA sudah popular, ada nama, ada reputasi, pencapaian terbukti dan bertaraf diva, letak mana pun peminat tetap mengikuti perkembangan semasa.
Status itu sinonim dengan reputasi ikon selebriti Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza.
Bukan saja berjaya dalam nyanyian, malah berterusan mencari peluang perniagaan terbaik, bahkan menjadi inspirasi kepada peminat bersama menikmati kehidupan lebih baik dalam penjagaan kesihatan.
Khabar baru untuk peminat, Siti kini menceburi bidang perniagaan baru dikenali Sity Avita Sdn Bhd. Perniagaan itu mengetengahkan produk berasaskan pengambilan khasiat tambahan kesihatan berkualiti tinggi.
Khabar baru untuk peminat, Siti kini menceburi bidang perniagaan baru dikenali Sity Avita Sdn Bhd. Perniagaan itu mengetengahkan produk berasaskan pengambilan khasiat tambahan kesihatan berkualiti tinggi.
Keceriaan beliau membuat pelaburan produk kesihatan terbaru terpancar sejak mengamalkan pengambilan Celergen iaitu penokok antipenuaan dan terapi sel termaju dari Switzerland.
Ia menyusul selepas kejayaan produk kecantikan peribadinya, SimplySiti yang dilancarkan lapan bulan lalu.
Kata Siti, minat menyertai pelaburan produk kesihatan timbul selepas mencuba sendiri pengambilan Celergen sejak lebih setahun lalu.
“Saya mengenali produk Celergen diperkenalkan adik ipar, Zaini Muhd Jiwa. Selepas mencubanya berulang kali, ia ternyata memberi banyak kebaikan dan manfaat kepada dalaman dan luaran diri.
“Sehingga kini, kami sekeluarga termasuk suami dan ibu mentua berterusan menggunakannya.
“Saya mendapati produk ini mampu memberi tenaga tambahan, membuatkan kecergasan diri meningkat dan menambahkan keceriaan menjalani tugasan seharian yang sentiasa sibuk.
“Lebih menarik, saya turut memberikan sekotak produk berkenaan kepada rakan baik dari Indonesia, Kris Dayanti (KD) dan dia menyukainya.
“Buat masa ini, saya merancang memperluaskan produk berkenaan di Indonesia. Hajat masa depan, mahu memperluaskan perniagaan tetapi masih mengekalkan aliran dalam bidang kecantikan dan penjagaan kesihatan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Sity Avita, Sabtu lalu.
Turut hadir, rakan niaga Sity Avita diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Lee Xiang Yin; suami Siti, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa serta pelakon dan ahli perniagaan, Datuk Shah Rezza.
Impian Siti selepas ini membuka pusat kecantikan sehenti bukan saja untuk wanita, tetapi juga lelaki.
Katanya, ini antara usaha dan inisiatifnya untuk mencapai matlamat bergelar usahawan wanita selepas mencapai impian sebagai penyanyi sepanjang 15 tahun.
“Alhamdulillah, sejak produk SimplySiti dilancarkan, golo�ngan lelaki semakin menyedari dan mengambil berat terhadap penjagaan kesihatan mereka.
“Mereka mula faham pelbagai faktor boleh menyebabkan diri mereka mengalami proses penuaan sebelum tua,” katanya.
Sity Avita mula beroperasi di Malaysia sejak 2008 dan kini bertapak di Singapura, Taiwan, Jepun, Australia, Hong Kong, Filipina dan Indonesia. Selain amalan kesihatan menggunakan produk penjagaan kulit dengan jenama SimplySiti, Siti yakin kejelitaan dan keremajaan berpunca daripada makanan diambil.
Kata Siti, peminatnya memberi sambutan yang cukup baik sejak SimplySiti berada di pasaran dan ini juga menjadi motivasi kepadanya dan juga peminat.
“Untuk itu, saya mahu sama-sama berjaya bersama mereka terutama melahirkan usahawan wanita. Jika ada yang hendak menceburi perniagaan bersama Sity Avita ini, saya mengalu-alukan penyertaan mereka,” katanya.
Mengenai reaksi peminat dengan pengumuman terbukanya untuk berundur daripada pertandingan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010) yang akan berlangsung April tahun depan, Siti hanya tersenyum.
Katanya, pada mulanya memang sukar untuk mereka terima keputusannya itu dan tidak semua peminat yang dapat menerimanya dengan hati terbuka.
“Mungkin mereka sudah biasa kerana wujudnya kemeriahan sepanjang satu bulan untuk proses mengundi kategori pencalonan Siti. Apapun, Siti sudah memberitahu hasrat berkenaan sebelum ini. Saya yakin mereka dapat menerima keputusan ini seadanya,” katanya
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sitikukuhkanbisneskecantikan/Article/index_html
sejak duduk dibangku sekolah saya sudah menyukai lagu-lagu yang dibaakan siti.
BalasPadamsekarang siti sudah menikah dan mulai membuka usaha baru. kira-kira apa masih bernyanyi seperti dahulu?