Jumaat, 14 Januari 2011

untuk hamba2 yg di uji...



KENAPA AKU DIUJI?"
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta." (QS Al-Ankabut: 2-3)
.
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU INGINKAN?"
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (QS Al-Baqarah: 216).

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?"
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sekadar kesanggupannya..." (QS Al-Baqarah: 286).

RASA KECEWA?"
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman." (QS Al-Imran: 139).

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? 
 "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk" (QS Al-Baqarah: 45).

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI? 
 "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... " (QS At-Taubah: 111).

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
 "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selainNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dialah yang memiliki Arasy yang agung" (QS At-Taubah: 129).

AKU TAK DAPAT TAHAN!!! 
 "... Orang yang putus harapan dari rahmat Tuhan itu, hanyalah orang2 yang sesat." (QS Al-Hijr: 56)

Khamis, 13 Januari 2011

Kadang kala kita terlupa...

LELAKI 

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin    (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc)   dan dosa anak lelaki yang belum baligh. 

 BERATKAN? 


Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak   baik dosanya ditanggung oleh suaminya. 


BERATKAN?? 


Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin. 



Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya  dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang   ditanggung (ikut kajian laa...jangan percaya sangat) 



Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah  SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. 



WANITA : 



Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. 



Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. 



Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. 



Pernahkah kita lihat sebaliknya?? 



Benda yang mahal harganya akan dijaga  dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. 



Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ? 



Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. 



Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi  setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid   kecil. Manakala   dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). 



Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4  wanita:

1. ibunya , 
2. isterinya , 
3.anak perempuannya ,   dan 
4. saudara perempuannya. 


Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:
1. suaminya, 
2. ayahnya,   
3. anak lelakinya dan 
4. saudara lelakinya .


Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:
1. sembahyang 5 waktu 
2. puasa di bulan Ramadhan 
3.  taat  suaminya dan 
4. menjaga kehormatannya . 


Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. 



MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....


Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..


"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103) 



Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia   berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "  



Hikmah sujud 



Sujud lega sistem pernafasan 



Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan   mengembalikan   kedudukan organ ke tempat asalnya. 


Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid. 
 - melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. 
 - kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh. 
 - meringankan bahagian pelvis. 
- memberi dorongan supaya mudah tidur. 
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik. 
 - bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada. 

- mengurangkan kegemukan.  
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut   (convulsions). 
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen. 
 - mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.   

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. 


Tujuh kalimat 



Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut " 

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 


2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu. 



3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.



4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini. 


6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah. 



7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa 





AMIN. 



Surah Al-Munaafiquun : 
Ayat : 9   

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta   benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang rugi. 

Ayat : 11   
Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan. 


Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan JANGAN TINGGAL/LALAI BERSOLAT, ia adalah WAJIB:

Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib , dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan! 


Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?
Meninggalkan solat Isya' , maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya. 


Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat). 



Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka. 



Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja.....

Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah. Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji. 


Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...

Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam. 


Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush atau Obama, tak payahlah kutuk dia lagi kat dunia ni...Kita dengan dia (Bush / Obama) sama saja.

Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata. 


Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari kelemahan kita yang nyata.

wassalam....


Selasa, 11 Januari 2011

Berputar Lidah....sebut Jgn Tak Sebut...

1. If you understand, say "understand". If you don't understand, say "don't understand". But if you understand and say "don't understand".How do I understand that you understand? Understand! 

2. I wish to wish the wish you wish to wish, but if you wish the wish the witch wishes, I won't wish the wish you wish to wish. 

3. Sounding by sound is a sound method of sounding sounds. 

4. A sailor went to sea to see, what he could see. And all he could see was sea, sea, sea. 

5. Purple Paper People, Purple Paper People, Purple Paper People 

6. If two witches were watching two watches, which witch would watch which watch? 

7. I thought a thought.But the thought I thought wasn't the thought I thought I thought. If the thought I thought I thought had been the thought I thought, I wouldn't have thought so much. 

8. Once a fellow met a fellow In a field of beans. Said a fellow to a fellow, "If a fellow asks a fellow, Can a fellow tell a fellow What a fellow means?" 

9. Mr Inside went over to see Mr Outside. Mr Inside stood outside and called to MrOutside inside. Mr Outside answered Mr Inside from inside and Told Mr Inside to come inside. Mr Inside said "NO", and told Mr Outside to come outside. MrOutside and Mr Inside argued from inside and outside about going outside or coming inside. Finally, Mr Outside coaxed Mr Inside to come inside, then both Mr Outside and Mr Inside went outside to the riverside. 

10. SHE SELLS SEA SHELLS ON THE SEA SHORE , BUT THE SEA SHELLS THAT SHE SELLS, ON THE SEA SHORE ARE NOT THE REAL ONES 

11. The owner of the inside inn was inside his inside inn with his inside outside his inside inn. 

12. If one doctor doctors another doctor does the doctor who doctors the doctor doctor the doctor the way the doctor he is doctoring doctors? Or does the doctor doctor the way the doctor who doctors doctors? 

"When a doctor falls ill another doctor doctor's the doctor. Does the doctor doctoring the doctor doctor the doctor in his own way or does the doctor doctoring the doctor doctors the doctor in the doctor's way" 

13. We surely shall see the sun shine shortly. Whether the weather be fine, Or whether the weather be not, Whether the weather be cold Or whether the weather be hot, We'll weather the weather Whatever the weather, Whether we like it or not. watch? Whether the weather is hot. Whether the weather is cold. Whether the weather is either or not. It is whether we like it or not. 

14. Nine nice night nurses nursing nicely. 

15. A flea and a fly in a flue Said the fly "Oh what should we do" Said the flea" Let us fly Said the fly"Let us flee" So they flew through a flaw in the flue 

16. If you tell Tom to tell a tongue-twister his tongue will be twisted as tongue-twister twists tongues. 

17. Mr. See owned a saw.And Mr. Soar owned a seesaw. Now See's saw sawed Soar's seesaw Before Soar saw See, Which made Soar sore.Had Soar seen See's saw Before See sawed Soar's seesaw, See's saw would not have sawed Soar's seesaw. So See's saw sawed Soar's seesaw.But it was sad to see Soar so sore Just because See's saw sawed Soar's seesaw

Isnin, 10 Januari 2011

Tahniah buat ANa Raffali - JUARA AJL 25 / 2010

Ini lah antara keputusan AJL 25  semalam:



JUARA AJL 25 
>>>>>>>>>>>>>>>>Tolong Ingatkan Aku (ANA RAFALI)

Naib Juara AJL 25
>>>>>>>>>>>>>>>>DramaKing (MEET UNCLE                                                               HUSSEIN feat BLACK)

Tempat ke-3 
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>Noktah Cinta (HAFIZ AF)

Persembahan Terbaik 
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>FAIZAL TAHIR (Lagu Hanyut)

Vokal Terbaik 
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>HAFIZ AF


Tahniah buat yg menang...Kalau dulu YUna...Skang Bakat Baru Ana Rafali...die mmg best n berbakat...






Sabtu, 8 Januari 2011

Debaran semakin terasa



Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL25) bakal melabuhkan tirainya kurang daripada tempoh 48 jam. Namun kehangatannya kian terasa apabila malam itu nanti akan menyaksikan 14 lagu berentap untuk bergelar juara. 

Ramai yang sudah ada jangkaan sendiri. Lagu mana yang dirasakan paling layak untuk dinobatkan sebagai juara. 

Gelisah di hati peminat setia muzik tempatan membuatkan banyak lagu yang boleh dikatakan sebagai juara. Pertandingan yang dianggap berprestij ini sebenarnya mengangkat karya tempatan. 

Meskipun begitu, apakah yang membuatkan sesebuah karya itu boleh dijadikan sebagai juara? Popular atau terbaik? Apakah pihak juri ternoda dengan keasyikan lagu yang disiar berulang kali di corong radio? Atau pihak juri sudah menemui karya yang benar-benar layak diangkat sebagai juara. 

Siapakah juri ini? Yang pasti pihak pengajur masih belum bersedia membuka mulut dan jawapannya hanya akan diketahui pada malam kemuncak nanti. Dan lazimnya, juri ini sudah ada jawapan terhadap setiap pilihan mereka. 

Ada beberapa lagu bakal juara malam AJL tidak begitu mendapat sambutan untuk diperdengarkan di corong radio, tetapi pihak juri merasakan ia juga layak bergelar juara AJL. 

Lagu Pelita, nyanyian kumpulan API misalnya, tidaklah popular berbanding Selamat Malam atau Hanyut dendangan Faizal Tahir. Bagaimanapun, garapan lagu ini yang sangat unik dan bersesuaian dengan trend muzik masa kini. 

Namun ada kekuatan dalam karya Monoloque ini. Skor muzik yang digunakan ditambah dengan gabungan dua vokal mantap iaitu Noh Hujan dan Azlan The Typewriters. 

Lagu ini cukup unik dan hebat. Lagu lain yang boleh mencabar lagu ini adalah seperti Noktah Cinta nyanyian Hafiz dan juga Tolong Ingatkan Aku daripada Ana Raffali. 

Kedua-dua lagu ini berlainan genre namun ada kekuatan tersendiri. Tidak wajar meletakkan lagu ini di belakang kerana setiap nota dalam lagu serta lirik cukup kuat untuk ditabalkan sebagai pemenang. 

Jangan pula perlekehkan kumpulan Bunkface, Meet Uncle Hussien dan Yuna. Dengan ciptaan mereka sendiri, mereka ada kekuatan untuk merangkul gelaran juara. 



Persediaan akhir finalis

Pastinya semua finalis malam itu tidak sabar untuk membuat persembahan terbaik. Pelbagai perancangan akan dilakukan hanya untuk membuatkan penonton terhibur. Memenangi persembahan terbaik dan juga vokal terbaik dianggap bonus bagi mereka. 

Majlis gilang-gemilang itu akan menggamatkan Stadium Putra Bukit Jalil dan dipancarkan secara langsung menerusi TV3 dan juga radio rasmi Hot.fm. Apakah kejutan dan gimik finalis untuk malam esok?



sumber :sinar harian