Isnin, 28 Februari 2011

10 waktu mustajab untuk berdoa

1. Ketika hujan.

2. Hendak memulakan solat dan selepas solat.

3. Ketika menghadapi musuh dalampeperangan.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah iaitu pada saat bertemu tentera-tentera (berperang), ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujan.” (Hadismursal yang diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dalamKitab al-Azkar)

4. Antara azan dan iqamat.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak ditolak doa yang dimohonkan antara azan dan iqamat.” (Riwayat al-Tirmizi)

5. Ketika iktidal yang akhir dalam solat.

6. Ketika sujud dalam solat.

7. Ketika khatam al-Quran (30 juzuk).

8.Sepanjang malam, terutamanya pada sepertiga yang akhir dan pada waktu sahur.

9. Sepanjang hari Jumaat. Kerana mengharapkan bertemu dengan saatijabah (saat diperkenankan doa) yang terletak antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.

10. Antara waktuZuhur dan Asar dan antara Asar dan Maghrib.

Jumaat, 25 Februari 2011

MARILAH SAMA2 KITA MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH S.W.T

Assalamualaikum...
Entri kali ni, sy nk kongsikan bagaimana kita nak mendekatkan diri kepada ALLAH S.W.T
Harap kita semua mendapat keberkatan-Nya...InsyaALLAH


p/s : klik pd gambar utk lihat image lebih jelas yea .... :)

Isnin, 21 Februari 2011

Tip Kerjaya: Antara potensi diri dan kerjaya pilihan


Oleh Dr Mohd Yahya Mohamed Ariffin
mohdyma@um.edu.my
2010/07/08

INDIVIDU yang tiada kebolehan membuat keputusan mengenai pekerjaan mungkin disebabkan minat yang pelbagai, minat yang tidak jelas atau tiada minat sama sekali.

Sebagai mahasiswa, anda tidak dapat menjangka dengan baik mengenai personaliti, minat, nilai, serta kebolehan menyebabkan pilihan yang dibuat tidak sepadan dengan ciri yang dimiliki.

Maka, wujud dilema dalam diri akibat berlaku pertentangan antara potensi diri yang dimiliki dengan pekerjaan yang menjadi minat dan pilihan hati.

Bagi membantu mengatasinya, Teori Perkembangan Kerjaya Holland yang diperkenalkan oleh Holland (1958) dilihat sangat sesuai untuk dijadikan panduan kepada pencari kerja kerana teori ini dapat membantu mengenal pasti potensi diri termasuk personaliti, minat, nilai dan pencapaian individu.

Menurut Holland terdapat hubungan erat di antara personaliti dengan persekitaran kerja yang diceburi oleh seseorang individu. Setiap individu akan mencari persekitaran kerja yang sesuai dengan personalitinya.

Kesesuaian antara personaliti individu dengan persekitaran akan menghasilkan kepuasan, kestabilan dan pencapaian dalam bidang kerjaya yang diceburi oleh individu. Malah banyak kajian Holland dan sarjana lain membuktikan hubungan berkenaan.

Hasil kajian mereka menunjukkan individu yang terbabit dalam bidang kerjaya, berjaya memilih bidang pekerjaan yang selaras dengan jenis personaliti yang dimiliki.

Sehubungan itu, Holland mengkelaskan individu kepada enam jenis personaliti iaitu realistik, investigatif, artistik, sosial, keusahawanan dan konvensional yang boleh dikaitkan dengan kerjaya.

Pada ruangan ini diterangkan dua jenis personaliti iaitu realistik dan investigatif merangkumi ciri personaliti, pekerjaan yang sesuai dengan anda dan bidang pengajian yang boleh diikuti di universiti.

Buatlah analisis supaya anda mengenali personaliti diri seterusnya mampu menyesuaikan dengan kerjaya yang menjadi impian.

1. Realistik

Personaliti ini dimiliki individu jenis praktikal. Mereka cenderung untuk menjadi kompetitif dalam kerja yang dilakukan serta terbabit dengan aktiviti yang memerlukan kemahiran fizikal dan kekuatan.

Setiap masalah akan diselesaikan menggunakan pendekatan yang konkrit sebaliknya, tidak menonjolkan kemahiran verbal dan interpersonal.

Ciri personaliti: Berterus-terang, praktikal, fokus, mekanikal, gigih, cekal, tanah lasak, stabil, maskulin, berdikari, jujur, pemalu, akur, berpendirian tetap, cermat dan keras hati.

Bidang pekerjaan yang sesuai: Seni bina, pengurusan hospitaliti, kulinari, kejuruteraan, teknologi maklumat, kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan automotif, muzik, farmasi, veterinar, optometri, juruterbang, tukang masak (chef), perekaan fesyen, fotografi dan ukur bahan.

Bidang pengajian: Seni bina, seni bina lanskap, pengurusan hospitaliti, kejuruteraan awam, kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan automotif, teknologi maklumat, muzik, farmasi, perubatan veterinar, optometri, juruterbang, masakan, perekaan fesyen, fotografi dan ukur bahan.

Oleh itu, anda adalah individu dalam kategori ini jika memiliki ciri personaliti di atas dan sesuai bekerja dalam bidang yang disenaraikan.

2. Investigatif

Individu yang mempunyai minat yang tinggi dalam aktiviti menganalisis, menyiasat atau menyelidik sama ada secara saintifik atau teknikal.
Individu kategori ini adalah seorang pemikir yang fokus kepada sesuatu perkara dan idea yang dilakukan.

Jika anda sering kesibukan bekerja di belakang tabir untuk menghasilkan sesuatu idea atau ciptaan yang hebat, bermakna anda adalah dari jenis investigatif.

Ciri personaliti: Analitikal, intelektual, teliti, ingin tahu, berdikari, rasional, pendiam, kritikal, tepat, berhati-hati, cekal, introvert, sistematik dan radikal.

Bidang pekerjaan yang sesuai: Sains komputer, ekonomi, kejuruteraan, matematik, statistik, farmasi, perubatan, pergigian, psikologi, sains perubatan, bioteknologi, sains, kewartawanan, optometri, kejuruteraan dan antropologi.

Bidang pengajian: Perubatan, pergigian, farmasi, optometri, sains, bioteknologi, matematik, statistik, ekonomi, geologi, sains, sains komputer, psikologi, kejuruteraan, kewartawanan dan antropologi.

Penulis ialah Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya

Sabtu, 12 Februari 2011

Hosni Mubarak letak jawatan



KAHERAH: Presiden Mesir, Hosni Mubarak akhirnya meletak jawatan, selepas 18 hari tunjuk perasaan besar-besaran menentang pemerintahan 30 tahunnya.
Sehubungan itu, Naib Presiden, Omar Suleiman yang mengumumkan perletakan jawatan itu menerusi televisyen, menamakan sebuah majlis tentera untuk mentadbir sementara negara berkenaan.

“Presiden mengambil keputusan untuk menyerahkan kedudukannya,” kata Omar.
Seorang pegawai parti pemerintah sebelum ini berkata Hosni dan keluarganya meninggalkan Kaherah, berlepas ke kawasan peranginan di Laut Mati di Sharm el-Sheikh, tempat dia mempunyai istana.

Tentera Mesir sebelum itu berusaha mengurangkan kemarahan rakyat dengan memberi jaminan, pembaharuan yang dijanjikan akan dilaksanakan. Tetapi, beratus ribu penunjuk perasaan menjadi semakin berang, memenuhi dataran di sekurang-kurangnya tiga bandar besar negara itu semalam dan berarak menuju istana presiden dan bangunan televisyen milik negara, simbol penting rejim Hosni.

“Apa yang kamu tunggu lagi,” jerit seorang lelaki ke arah seorang pegawai tentera di luar istana Hosni di Kaherah. Lebih 5,000 orang menunjuk perasaan di depan istana itu yang dilindungi empat kereta kebal.
Tunjuk perasaan di depan istana itu adalah yang pertama dilakukan selepas tiga minggu tertumpu di Dataran Tahrir.

Ketika khutbah Jumaat di dataran berkenaan, penunjuk perasaan melaungkan slogan ‘Pergi! Pergi!’ setiap kali khatib menyebut nama Hosni.

Dalam pada itu, lebih 10,000 orang merempuh sekatan tentera di depan bangunan Radio Dan Televisyen Mesir.

Sambil memukul gendang, mereka menjerit ‘Pergi! Pergi!’ Tentera dalam kereta kebal depan bangunan itu tidak berbuat apa-apa. - AFP