Khamis, 20 Januari 2011

adam dan hawa

Adam..
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

Hawa..
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam..
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa..
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Ambillah kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

Adam..
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda sanubari Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berbicara membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu menjadikan Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa..
Sikap tak endahmu menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil peluang untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dengan dunia cinta palsu.

Adam..
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa..
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam..
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus terus berjuang menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.

Adam..
Di mana imanmu saat matamu melihat Hawa berpakaian tidak cukup kain?
Di mana kau letakkan Allah saat hawa nafsu menjadi Tuhanmu?
Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani dalam perjuangan,
Agar Hawa takut untuk menggoda dan mendekatimu.

Begitu juga Hawa..
Di mana malumu saat kau menayangkan perhiasanmu kepada ajnabi?
Di mana taqwamu saat syaitan menempiaskan bisikannya untuk menggoda Adam?
Adam menyeru agar kau pelihara maruahmu supaya tidak dicemari,
Agar kawalan nafsu sentiasa berada dalam pegangan iman Adam.

Hawa..
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam datang menyuntingmu.

Hawa..
Memang Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun, itu bukanlah yang Adam impikan,
Adam mengimpikan Hawa yang kuat pegangan agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan berpakaian dan memelihara pandangan.

Untukmu Adam :
Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam bab agama agar bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan. Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa. Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara dirinya untuk Hawa tercinta, iaitu, isteri. Jadilah juga Adam yang bertanggungjawab menjadi ketua keluarga, imam dalam solat jemaah dan pemimpin agama seperti yang diimpi oleh kebanyakan Hawa.

Untukmu Hawa :
Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak mulia dan baik hati. Jadilah Hawa yang malu dan menjaga aurat serta maruah diri dari sewenang-wenangnya ditonton oleh ajnabi. Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk suami tercinta. Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri solehah serta hambaNya yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidami oleh kaum Adam.

Rabu, 19 Januari 2011

Berebut duit syiling di lebuh raya


TANPA menghirau keselamatan dan anggota polis, orang ramai mengambil kesempatan mengutip duit syiling yang bertaburan di lebuh raya. 

SEREMBAN - Kilometer 243 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke selatan berhampiran susur keluar Pedas dekat sini yang sentiasa sibuk semalam bagaikan 'pesta' apabila orang ramai berebut-rebut mengutip duit syiling yang bertaburan di lebuh raya itu.

'Pesta' itu berlaku apabila sebuah kenderaan Toyota Hilux yang membawa satu peti duit syiling berjumlah RM75,000 terlibat dalam kemalangan.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, peti tersebut tercampak keluar dari pacuan empat roda itu selepas kenderaan itu dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta BMW.

Akibatnya ribuan duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen bertaburan di lebuh raya sepanjang kira-kira 100 meter.

Keadaan itu menyebabkan ramai pengguna jalan raya menghentikan kenderaan masing-masing di bahu jalan untuk mengutip duit syiling.

Kehadiran beberapa anggota polis dan pekerja lebuh raya gagal menyuraikan orang ramai yang terus mengutip duit syiling tanpa menghiraukan keselamatan mereka.

Orang ramai meninggalkan lokasi itu selepas duit syiling itu habis dikutip tiga jam kemudian.

-kosmo-

Selasa, 18 Januari 2011

Cinta Dan Mimpi


Pernahkah, apabila kamu bangun dari tidur, kamu tiba-tiba berasa hiba lalu menangis? Kenapa? Kerana kamu bermimpikan si dia. Dia yang kamu pernah cintai, tetapi telah meninggalkan kamu. Atau, dia yang hanya kamu minati dalam diam, tapi tak pernah kamu miliki. Perasaan kamu menjadi sedih, hiba dan tak keruan, pagi kamu sudah tidak seceria kelmarin. Kenapa harus kamu mengingatinya? Padahal ianya sudah berakhir antara kamu dan dia. Kamu harus memandang ke hadapan, bukalah lembaran baru dalam hati kamu.


Berjalan ke tempat kerja, dan kampus, fikiran kamu hanya tertumpu pada si dia yang muncul dalam mimpi pagi tadi. Kamu tidak dapat menumpukan pada kerja dan pelajaran. Kamu tidak terdaya untuk melemparkan senyuman pada orang sekeliling. Kenapa? Kerana kamu hidup dalam kisah semalam. Kamu terperangkap dengan kisah lalu. Kamu menyedarinya, tapi kamu merelakannya. Padahal kamu tahu, walau macamana cara sekalipun kamu bersedih, dia tak akan kembali padamu. Dia sudah menjadi milik orang lain. Kenapa kamu harus berdegil dan tidak mahu menerima kenyataan ini? Kalau kamu menyintainya, haruslah kamu mendoakan kebahagiaannya. Tapi jawapan kamu apa? Biarlah aku mengingatinya, biarlah aku terseksa! Standard sungguh jawapan cinta kamu.

Itu kamu yang pernah bercinta dengannya. Bagaimana pula dengan kamu yang hanya meminatinya dalam diam. Kamu tahu dia sudah ada seseorang, kamu nampaknya dari jauh. Kenapa kamu masih tidak melepaskan perasaan terpendam itu? Kamu terlalu taksub dengannya sehingga kamu menutup perasaan kamu dari disentuh orang lain. Kamu tidak menyedari ada seseorang yang sedang menagih cinta darimu. Atau mungkin kamu menyedarinya, tapi kamu pura-pura tidak melihatnya, kerana hati kamu masih pada si dia yang sememangnya bukan milikmu. Butanya cinta kamu, butanya hati kamu. Dan kamu menjawab, ya cinta memang buta. Padahal, yang membutakan cinta itu ialah kamu sendiri.

Kamu, sampai bila kamu harus menutup cinta kamu untuk orang lain? Sedarlah kamu, dia bukan untukmu. Berilah ruang hati kamu untuk menerima cinta baru dan sedarlah dari mimpi semalam. Kalau pun kamu tidak mahu membuka sepenuhnya hati kamu, sekurang-kurangnya bukalah sedikit. Kalau kamu rasakan cinta baru itu lebih membahagiakan, nescaya kamu akan membuka hatimu sepenuhnya nanti.

Isnin, 17 Januari 2011

Doctor, Islam dan Logik

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak

"Dalam diri-diri kamu ada tanda-tanda kebesaran Tuhan". 


Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 == 99 iaitu bilangan nama Allah.
Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?

- Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam?
Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM.

1.  Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah - (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

4. Cara Rasulullah minum - Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.

Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.
Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?

Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibodi yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri.

Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibodi yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.

Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah.
Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube)? Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian olehpara cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana iadiumpamakan,seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijakyang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah

Ahad, 16 Januari 2011

Kehebatan Al-Quran..



Dalam Quran ada 114 surah. Setiap surah mempunyai takwil tertentu. Di bawah ini disebutkan takwil setiap surah secara tertib: 

· 

o Al-Fatihah: Dibukakan baginya pintu-pintu kebaikan dan ditutup pintu keburukan. 

o Al-Baqarah: Panjang umurnya dan baik agamanya. 

o Ali Imran: Bersih diri dan bersih jiwanya serta sanggup menghujah pihak-pihak yang batil. 

o An-Nisa': Menjadi pembagi-bagi harta warisan, mewarisi wanita dan mewariskan harta kerana umurnya yang panjang. 

o Al-Ma'idah: Tinggi darjatnya,kuat keyakinannya dan baik kewarakannya. 

o Al-An'am: Banyak binatang peliharaannya dan dia menjadi pemurah. 

o Al-A'raf: Tidak akan keluar dari dunia sebelum dia menginjak bukit Turisina. 

o Al-Anfal: Menang melawan musuh dan dia mendapat harta ghanimah. 

o At-Taubah: Hidup terpuji di tengah-tengah masyarakat dan mati dalam keadaan bertaubat. 

o Yunus: Bagus ibadatnya dan man daripada tipudaya serta ilmu sihir. 

o Hud: Berhasil tanam-tanamannya dan berkembang binatang ternaknya. 

o Yusuf: Pada mulanya dia dianiaya orang tetapi kemudian pergi merantau dan berhasil di perantauan. 

o Al-Ra'du Ibrahim: Menghafaz banyak doa dan cepat beruban. Bagus agama dan urusannnya di sisi Allah. 

o Al-Hijr: Terpuji di sisi Allah SWT dan di sisi manusia. 

o An-Nahl: Diberikan ilmu dan kalau dia sedang sakit bererti dia akan sembuh. 

o Bani Israil: Mulia di sisi Allah SWT dan menang melawan musuh-musuhnya. 

o Al-Kahfi: Tercapai cita-citanya dan panjang umurnya sehingga dia bosan hidup dan rindu akan mati. 

o Maryam: Menghidupkan sunah para nabi, dituduh dan dihinakan teteapi akhirnya terbukti kesuciannya. 

o Taha: Kebal dari khianat tukang-tukang sihir. 

o Al-Anbiya': Mendapat kemudahaan dan kebahagiaan setelah menghadapi pelbagai kesusahan dan mendapat ilmu dan khusyuk. 

o Al-Haj: Dapat mengerjakan haji berulang-ulang insya-Allah. 

o Al-Mukminun: Kuat imannya dan mati dalam iman. 

o An-Nur: Allah SWT menerangi hati dan kuburnya. 

o An-Furqan: Menjadi pemisah antara yang hak dan batil. 

o As-Syu'ara: Allah SWT melindunginya dari kejahatan. 

o An-Naml: Diberikan kerajaan atau kekuasaan. 

o Al-Qasas: Diberikan perbendaharaan yang halal. 

o Al-Ankabut: Dia dalam penjagaan Allah SWT sehingga matinya. 

o Ar-Rum: Allah SWT memberikan kekuatan kepadanya untuk menakluki negeri kaum musyrikin ramai umat yang mendapat pertunjuk di tangannya. 

o Luqman: Diberikan hikmah. 

o As-Sajdah: Mati di atas sejadahnya dan menjadi orang yang berjaya di sisi Allah SWT. 

o Al-Ahzab: Menjadi kelompok orang bertakwa dan pengikut kebenaran. 

o Saba ': Zuhud di dunia dan suka beruzlah (mengasingkan diri dari masyarakat yang banyak mengerjakan dosa). 

o Fatir: Allah SWT membukakan pintu-pintu nikmat kepadanya. 

o Yasin: Dijadikan sebagai pencinta pengikut Rasulullah SAW. 

o As-Saffat: Mendapat anak yang taat dan mempunyai keyakinan. 

o Sad: Pandai bertukang dan banyak hartanya. 

o Al-Zumar: Bersih agamanya dan baik akhir hayatnya. 

o Al-Mukmin: Diangkat darjatnya di dunia dan akhirat dan mengalir kebaikan-kebaikan melalui tangannya. 

o Hamim As-Sajdah: Menjadi penyeru kepada yang hak dan ramai yang mencintainya. 

o Hamim Ain Sin Qaf: Panjang umurnya. 

o Al-Zukhruf: Jujur dalam percakapannya. 

o Al-Dhukan: Diberikan kekayaan. 

o Al-Jasiah: Menjadi khusyuk dan takut kepada Allah SWT. 

o Al-Ahqaf: Melihat perkara-perkara ajaib di dunia. 

o Muhammad: Menjadi baik sirah (perjalanan hidupnya). 

o Al-Fath: Diberi taufik untuk berjihad. 

o Al-Hujurat: Allah SWT merahmatinya. 

o Qaf: Dimurahkan rezekinya. 

o Al-Zariat: Menjadi tanam-tanamnya. 

o Al-Tur: Bererti dia sudah dekat dengan Makkah Al-Mukarramah. 

o An-Najm: Mendapat anak yang cantik dan terpandang. 

o Al-Qamar: Kebal daripada ilmu-ilmu sihir. 

o Ar-Rahman: Mendapat nikmat di dunia dan mendapat rahmat di akhirat. 

o Al-Waqi'ah: Bersegera kepada taat. 

o Al-Hadid: Sihat badan dan dipuji orang. 

o Al-Mujadalah: Membantah pihak-pihak yang batil serta sanggup memberikan hujah-hujah bernas. 

o Al-Hasyar: Dia mengancurkan musuh-musuhnya. 

o Al-Mumtahanah: Mendapat rintangan dan cubaan tetapi diberi ganjaran. 

o As-Saff: Ingin mati syahid. 

o Al-Jum'at: Allah SWT mengumpulkan pelbagai kebaikan baginya. 

o Al-Munafiqun: Lepas daripada kemunafikan. 

o At-Taghabun: Tetap di atas petunjuk. 

o At-Talaq: Terjadinya pertengkaran antara suami dan isteri dan terkadang sampai kepada perceraian. 

o Al-Mulk: Besar kerajaannya. 

o Nun al-Qalam: Diberi kefasihan dan pandai menulis. 

o Al-Haqqah: Dia berdiri di atas hak. 

o Al-Ma'arij: Berada dalam keadaan aman di ditolong. 

o Nuh: Menjadi penyeru kepada kebaikan dan pencegah dari yang mungkar serta mengalahkan musuh-musuhnya. 

o Al-Jin: Terpelihara dari gangguan syaitan. 

o Al-Muzammil: Diberi taufik untuk mengerjakan solat tahjud. 

o Al-Mudassir: Baiklah tempat tidurnya dan dia menjadi orang sabar. 

o Al-Qimayah: Tidak mahu bersumpah untuk selama-lamanya. 

o Al-Insan: Menjadi orang yang pemurah, bersyukur dan baik penghidupannya. 

o Al-Mursalat: Diluaskan rezekinya. 

o 'Amma Yatussalun: Menjadi mulia dan masyur kemuliaannya. 

o An-Nazi'at: Dicabut kesusahan dan sifat khianat dari hatinya. 

o 'Abasa: Dia memberikan zakat dan sedekah. 

o Al-Takwir: Banyak melancong dan banyak mendapat keuntungan. 

o Al-Infitar: Dekat kepadanya raja-raja dan pembesar serta mereka menghormatinya. 

o Al-Mutaffifin: Allah SWT memberikan sifat amanah kepadanya, sifat adil dan menyempurnakan janji. 

o Al-Insyiqaq: Ramai anak dan keturunannya. 

o Al-Buruj: Lepas dari dukacita dan mendapat ilmu. Ada yang mengatakan ilmu yang dimaksud ialah ilmu nujum. 

o At-Tariq: Diberi taufik untuk banyak bertasbih. 

o Al-A'la: Mudah segala urusannya. 

o Al-Ghasiyah: Naik pangkat atau martabatnya. 

o Al-Fajr: Diberi pakaian yang cantik-cantik. 

o Al-Balad: Allah SWT memberikan taufik kepadanya sehingga dia suka membei makan kepada orang lain, memuliakan anak yatim dan menyayangi orang-orang daif. 

o As-Syams: Diberikan kepintaran, kecerdikan dan kefahaman. 

o Al-Lail: Diberi taufik untuk qiyamullail dan terpelihara daripada terbongkarnya rahsianya. 

o Ad-Dhuha: Dia memuliakan orang-orang miskin dan anak yatim. 

o Al-Alaq: Dijadikan atau menjadi orang yang tawaduk, fasih dan cantik tulisannya. 

o Al-Qadar: Panjang umur serta tinggi martabatnya. 

o Al-Bayyinah: Dengan izin Allah, mendapat pertunjuk di tangannya kaum yang zalim. 

o Al-Zalzalah: Allah mengoncongkan dengannya tumit orang-orang kafir. 

o Al-'Adiyat: Mendapat kuda. 

o Al-Qariah: Menjadi mulia kerana bertakwah dan banyak beribadah. 

o At-Takasur: Menjadi zuhud dan tidak menumpuk harta. 

o Al-Asr: Dijadikan orang yang sabar dan mentaati kebenaran. Dan juga dia rugi dalam perniagaan tetapi akhirnya mendapat keuntungan yang banyak. 

o Al-Humazah: Dia mengumpul harta yang banyak yang bermanfaat baginya untuk amal-amal kebajikan. 

o Al-Fil: Ditolong untuk menentang musuh-musuhnya dan di tangannnya Islam dapat menakluki kawasan musuhnya. 

o Al-Quraisy: Dia memberi makan orang-orang miskin dan terjadi hubungan erat di antaranya dan hamba Allah yang lain. 

o Al-Ma'un: Berjaya mangalahkan orang-orang yang menentangnya. 

o Al-Kausar: Banyak kebaikannya di dua negeri. 

o Al-Kafirin: Diberi taufik untuk menentang orang-orang kafir. 

o An-Nasr: Allah SWT menolongnya untuk melawan musuh-musuhnya. Bermimpi membaca surat Al-Nasr juga menandakan dekatnya ajal orang yang bermimpi itu kerana ini merupakan surah pemberitahuan Rasulullah saw akan dekatnya ajalnya. 

o Al-Lahab: Sebahagian orang munafik memusuhinya tetapi akhirnya dikalahkan oleh Allah SWT. 

o Al-Ikhlas: Mendapat kesenangan, mulia dan terpelihara akidahnya. Menurut satu pendapat sikit keluarganya, tetapi senang hidupnya. Ada yang mengatakan bermimpi membaca surat ini menunjukkan dekatnya ajalnya. 

o Al-Falaq: Allah SWT memeliharanya daripada kejahatan manusia dan jin, daripada gangguan binatang dan dengki manusia. 

o Al-Nas: Selamat daripada gangguan syaitan dan tenteranya. 

Wallahualam bissawab..