RASULULLAH saw bersabda bahawa Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail
telah berkata kepada baginda.
Berkata Jibril: "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke
atasmu tiap-tiap hari sebanyak 10 kali, maka akan saya bimbing tangannya dan
akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."
Berkata pula Mikail: "Mereka yang berselawat ke atas kamu, akan aku beri
mereka itu minum dari telagamu."
Berkata pula Israfil: "Mereka yang berselawat kepadamu, akan aku sujud
kepada Allah dan aku tidak akan mengangkat kepalaku hingga Allah mengampuni
orang itu."
Izrail pula berkata: "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut
roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh
nabi-nabi."