Selasa, 30 November 2010

Are You In Love With Someone?






When you are together with that special someone,
You pretend to ignore that person,
But when that special someone is not around,
You will look around to find them,
At that moment, you are in love.

Although there is someone else who always makes you laugh,
Your eyes and attention will go only to that special someone,
Then you are in love.

Although that special someone was supposed ta have called you long back,
To let you know of their safe arrival,
Your phone is quiet,
You are desperately waiting for the call,
It is clearly to say that you are in love.

If you are much more excited for one short e-mail from that special someone than other many long e-mails,
You are in love.

When you find yourself as one who can not erase all the messages in your answering machine because of one message from that special someone,
It could not be denied that,
You are in love.

When you got a couples of free movie tickets,
You would not hate to think of that special someone,
Then, you are in love.

You keep telling yourself,
"that special someone is just a friend,"
But you realize that you can not avoid that person's special attraction,
At that moment, you are in love.

While you are reading this page,
If someone appears in your mind,
Then you are in love with that person.

p/s:Love is when you found chemistry with someone whom can be referred as soul mate and ready to start a life where your heart and soul stay together.

Isnin, 29 November 2010

Siti kukuhkan bisnes kecantikan



JIKA sudah popular, ada nama, ada reputasi, pencapaian terbukti dan bertaraf diva, letak mana pun peminat tetap mengikuti perkembangan semasa.
Status itu sinonim dengan reputasi ikon selebriti Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza. 
Bukan saja berjaya dalam nyanyian, malah berterusan mencari peluang perniagaan terbaik, bahkan menjadi inspirasi kepada peminat bersama menikmati kehidupan lebih baik dalam penjagaan kesihatan.

Khabar baru untuk peminat, Siti kini menceburi bidang perniagaan baru dikenali Sity Avita Sdn Bhd. Perniagaan itu mengetengahkan produk berasaskan pengambilan khasiat tambahan kesihatan berkualiti tinggi.

Siti yang mendapat gelaran ‘Celine Dion Asia’ mungkin kurang selesa bergelar ‘business woman’ atau ‘superstar’, tetapi itulah label terbaru diberikan rakan perniagaan dan sesetengah peminatnya.

Keceriaan beliau membuat pelaburan produk kesihatan terbaru terpancar sejak mengamalkan pengambilan Celergen iaitu penokok antipenuaan dan terapi sel termaju dari Switzerland.

Ia menyusul selepas kejayaan produk kecantikan peribadinya, SimplySiti yang dilancarkan lapan bulan lalu.

Kata Siti, minat menyertai pelaburan produk kesihatan timbul selepas mencuba sendiri pengambilan Celergen sejak lebih setahun lalu.

“Saya mengenali produk Celergen diperkenalkan adik ipar, Zaini Muhd Jiwa. Selepas mencubanya berulang kali, ia ternyata memberi banyak kebaikan dan manfaat kepada dalaman dan luaran diri.

“Sehingga kini, kami sekeluarga termasuk suami dan ibu mentua berterusan menggunakannya.

“Saya mendapati produk ini mampu memberi tenaga tambahan, membuatkan kecergasan diri meningkat dan menambahkan keceriaan menjalani tugasan seharian yang sentiasa sibuk.

“Lebih menarik, saya turut memberikan sekotak produk berkenaan kepada rakan baik dari Indonesia, Kris Dayanti (KD) dan dia menyukainya.

“Buat masa ini, saya merancang memperluaskan produk berkenaan di Indonesia. Hajat masa depan, mahu memperluaskan perniagaan tetapi masih mengekalkan aliran dalam bidang kecantikan dan penjagaan kesihatan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Sity Avita, Sabtu lalu.

Turut hadir, rakan niaga Sity Avita diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Lee Xiang Yin; suami Siti, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa serta pelakon dan ahli perniagaan, Datuk Shah Rezza.

Impian Siti selepas ini membuka pusat kecantikan sehenti bukan saja untuk wanita, tetapi juga lelaki.

Katanya, ini antara usaha dan inisiatifnya untuk mencapai matlamat bergelar usahawan wanita selepas mencapai impian sebagai penyanyi sepanjang 15 tahun.
“Alhamdulillah, sejak produk SimplySiti dilancarkan, golo�ngan lelaki semakin menyedari dan mengambil berat terhadap penjagaan kesihatan mereka.

“Mereka mula faham pelbagai faktor boleh menyebabkan diri mereka mengalami proses penuaan sebelum tua,” katanya.

Sity Avita mula beroperasi di Malaysia sejak 2008 dan kini bertapak di Singapura, Taiwan, Jepun, Australia, Hong Kong, Filipina dan Indonesia. Selain amalan kesihatan menggunakan produk penjagaan kulit dengan jenama SimplySiti, Siti yakin kejelitaan dan keremajaan berpunca daripada makanan diambil.

Kata Siti, peminatnya memberi sambutan yang cukup baik sejak SimplySiti berada di pasaran dan ini juga menjadi motivasi kepadanya dan juga peminat.

“Untuk itu, saya mahu sama-sama berjaya bersama mereka terutama melahirkan usahawan wanita. Jika ada yang hendak menceburi perniagaan bersama Sity Avita ini, saya mengalu-alukan penyertaan mereka,” katanya.

Mengenai reaksi peminat dengan pengumuman terbukanya untuk berundur daripada pertandingan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010) yang akan berlangsung April tahun depan, Siti hanya tersenyum.

Katanya, pada mulanya memang sukar untuk mereka terima keputusannya itu dan tidak semua peminat yang dapat menerimanya dengan hati terbuka.

“Mungkin mereka sudah biasa kerana wujudnya kemeriahan sepanjang satu bulan untuk proses mengundi kategori pencalonan Siti. Apapun, Siti sudah memberitahu hasrat berkenaan sebelum ini. Saya yakin mereka dapat menerima keputusan ini seadanya,” katanya

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sitikukuhkanbisneskecantikan/Article/index_html

Isnin, 22 November 2010

Mutiara Kata

Mutiara Kata dari sebuah buku.... DR HM TUAH ISKANDAR

" Jangan Kelam Kabut, sebab kelam kabut akan menyebabkan daripada kepintaran anda 
hilang"

" Betulkan yang biasa, biasakan yang betul"

" Minta maaf biarlah ikhlas nk minta maaf, lahir dari lubuk hati, bukan setakat hati tapi 
lubuk hati "

" Dalam kerendahan diri ada ketinggian budi, dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa, 
dalam kesempitan hidup, ada keluasan ilmu...Hidup ini indah kerana Allah"

" Berbahagialah orang yang naik gaji turun pangkat, tapi maranalah mereka yang 
naik pangkat turun gaji "

" Membuat salah dan mencari salah memang pandai tapi nk mengaku salah, itu yang
 xpandai pandai"

" Orang yang xtahu buat tapi ingin nak buat mmg ramai, daripada ramai lagi orang 
yang tahu buat tp sentiasa x mahu buat"

" Duit bukan penyelesaian masalah, tak ada duit lagi banyak masalah "

" Menepuk air di dulang x semestinya terpercik ke muka sendiri, kadang-kadang 
terpercik juga kemuka org lain "

" Orang jahat yang suka berterus terang itu 1000 x lebih baik dari org baik yang 
suka berahsia-rahsia"

" Ada org berjalan jauh kerana mencari pengalaman, tetapi ada juga org yang jauh 
berjalan kerana mengalami kesesatan "

" Kadang-kadang sesuatu yang kita sangkakan petaka hari ini, rupanya mutiara pada 
hari esok; sesuatu yang kita sangkakan 
  mutiara hari ini, rupanya naga pada hari esok. Naga/Mutiara kitalah yang menentukan "

" Senang xkan dapt tanpa susah tapi susah memang senang dapat tanpa susah payah "

Rasulullah s.a.w bersabda :

" Akan masuk syurga org yang hati dan jiwa mereka bagaikan hati burung, 
ertinya hati yang baik dan tidak kejam, 
   bertawakkal bersungguh-sungguh dan percaya atas jaminan Allah padanya."

" Tidak akan masuk neraka org yang di dalam hatinya ada seberat sebiji sawi 
daripada iman dan tidak akan masuk 
   syurga yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi dari sombong"

Sabda Nabi s.a.w Abdullah b. Masaud berkata :

" Empat perkara yang menggelapkan hati atau melembabkan otak; 
perut yang terlalu kenyang, berkawan dengan org
  yang suka membuat maksiat, tidak insaf terhadap dosa-dosa lalu
 dan panjang angan -angan"



Tegur menegur bawa perubahan


Marilah kita sama-sama bertaqwa kepada Allah S.W.T. dengan mengerjakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itulah orang-orang yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Firman Allah di dalam al-Quran al-Karim yang bermaksud: "Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji). "Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." (Surah Ali Imran:104).

Walaupun manusia adalah makhluk Allah yang dimuliakan di muka bumi ini tetapi ia tidak dapat lari daripada melakukan salah dan silap serta tidak dapat mengelakkan diri daripada lupa. Yang demikian adalah kerana manusia adalah makhluk Allah yang lemah dan tidak sempurna kerana kekuatan dan kesempurnaan hakiki hanyalah milik Allah S.W.T.

Kesalahan yang dilakukan oleh manusia ada masanya membawa dosa kerana ada kaitannya dengan sesuatu perintah atau larangan Allah dan ada kalanya kesilapan dan kesalahan yang dilakukan itu mengakibatkan dosa tetapi merugikan seseorang dalam perjalanannya melalui kehidupan di dunia ini.

Begitu juga dengan tabiat lupa walaupun tidak menyebabkan dosa tetapi sekiranya kerap berlaku boleh merugikan seseorang semasa hidupnya di dunia ini. Disebabkan manusia melakukan kesalahan, terutama yang menyebabkan ia berdosa maka Allah syariatkan taubat sebagai cara membersihkan diri daripada dosa.

Dan Allah ajarkan hamba-Nya amalan maaf memaafi sebagai cara menyelesaikan pertikaian dan permusuhan. Oleh kerana manusia tidak dapat melepaskan diri daripada lupa maka Allah perintahkan hamba-hamba-Nya supaya saling ingat mengingati bagi mengembalikan ingatan hamba-Nya yang lupa.


Tegur menegur dan nasihat menasihati adalah di antara cara-cara membetulkan kesilapan dan tidak ketinggalan juga ingat mengingati sebagai cara memulihkan ingatan. Sebenarnya tegur menegur, nasihat menasihati adalah amalan mulia yang perlu ada pada diri setiap individu muslim.

Selagi amalan itu terus dibaja dan dipupuk di dalam kehidupan umat Islam maka selagi itulah hubungan umat Islam terjalin erat dan akan wujudlah kerjasama yang berterusan sesama mereka. Islam menganjurkan tegur menegur dan nasihat menasihati kerana ia memberi kebaikan dan orang yang ditegur juga turut mendapat kebaikan.

Di dalam hal ini Allah berfirman di dalam Surah az-Zariyat yang bermaksud: "Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang yang beriman." Oleh kerana tegur menegur dan memberi peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang yang beriman maka faedah atau kebaikan yang menyeluruh tidak akan menjadi kenyataan sekiranya amalan atau budaya tegur menegur itu tidak meliputi umat Islam keseluruhannya.

Oleh itu, umat Islam tanpa perbezaan warna kulit, pangkat kebesaran, darjah keturunan, bahasa pertuturan dan harta kekayaan perlu menghidupkan budaya yang mulia ini. Bagi menjayakan hasrat itu perasaan malu yang tidak bertempat hendaklah dilontarkan jauh dan sifat sombong serta membangga diri hendaklah dibunuh daripada bersarang di dalam dirinya.

Tetapi hakikat yang sering kita perhatikan bahawa pihak bawahan atau orang yang di bawah tidak menjadi keberatan bagi mereka menerima teguran pihak atasan. Walaupun ada yang degil dan membantah kerana ditegur tetapi lambat launnya menerima juga teguran yang disampaikan kepada mereka kerana menyedari bahawa pihak yang menegur adalah orang-orang atasan yang berkuasa ke atas mereka.

Seorang isteri tertakluk kepada perintah suami kerana suami pemimpin rumahtangga. Oleh itu, apabila suami menegur isteri di dalam sesuatu perkara seperti menyuruhnya sembahyang atau menutup aurat maka tidak menjadi keberatan bagi isteri untuk akur dan menerima teguran suaminya itu.

Seseorang anak apabila ditegur atau diberi peringatan oleh bapanya supaya melakukan kebaikan seperti rajin belajar dan berkawan dengan orang-orang yang baik maka tidak menjadi kesulitan bagi anak untuk melaksanakan teguran dan peringatan bapanya kerana ia sedar sesuatu yang tidak baik akan menimpa dirinya sekirannya teguran itu tidak dipedulikan.

Seseorang pekerja apabila ditegur oleh majikan kerana sering datang lewat ke tempat kerja atau tidak bekerja dengan bersungguh-sungguh akan mudah sedar daripada kesilapannya dan seterusnya tidak menjadi kesulitan baginya untuk membetulkan kesilapan. Ini kerana ia sedar bahawa yang menegurnya adalah majikannya yang berkuasa bertindak ke atasnya yang sudah pasti akan merugikannya.

Begitu juga mereka yang berada di bawah teraju kepimpinan walaupun diperingatkan mana sekalipun akan mudah menerima teguran dan nasihat daripada pemimpin mereka dan seterusnya mengambil tindakan melaksanakan teguran yang dihalakan kepada mereka. Tetapi yang menjadi masalah ialah apabila pihak atasan ditegur oleh pihak bawah.

Umpamanya suami ditegur oleh isteri kerana melakukan sesuatu kesalahan seperti menghisap rokok dengan alasan memudaratkan kesihatan atau isteri menegur suami supaya pergi solat berjamaah di masjid maka belum tentu suami akan menerima teguran isterinya.

Boleh jadi suami akan memarahi isteri supaya jangan masuk campur dengan urusan peribadinya atau sekiranya tidak dimarahi boleh jadi suami akan memberi jawapan yang boleh mengelakkan dirinya daripada melaksanakan teguran isteri tersebut.

Begitu juga apabila pekerja atau kakitangan bawahan menegur majikan atau ketuanya kerana melakukan sesuatu kesalahan maka belum tentu teguran itu akan diterima dengan baik. Kalau tidak kena gaya boleh jadi pekerja atau pegawai bawahan yang menegur itu akan dimarahi atau ditukar ke tempat kerja atau langsung dibuang kerja.
Persoalannya, kenapa susah sangat pihak atasan untuk menerima teguran pihak bawahan. Jawapannya hanyalah kerana di dalam diri orang atasan tersebut adanya suatu penyakit hati yang dipanggil sombong atau takabbur.

Oleh itu, selama mana penyakit sombong ini bersarang di dalam diri seseorang selagi itulah ia susah menerima teguran orang lain walaupun apa yang telah dilakukannya itu tidak membawa kebaikan kepada dirinya tetapi kerana kesombongannya yang tebal menyebabkan ia tidak bersedia menerima teguran orang bawahannya.


Setiap kita ada masanya menjadi orang yang di bawah dan ada masanya menjadi orang yang di atas. Contohnya, ditempat kerja kita menjadi orang yang di bawah kerana ketua kita adalah orang yang di atas tetapi apabila kembali ke rumah kita menjadi orang atasan kerana orang-orang bawahan kita adalah isteri dan anak-anak.

Di tempat kerja, kita adalah orang di atas kerana menjadi ketua di pejabat tetapi di dalam masyarakat kita adalah orang di bawah kerana wakil rakyat atau ketua kampung adalah ketua kita.

Oleh itu, kalau kita suka menegur orang kerana kesilapannya lebih-lebih lagi pada ketika itu kita adalah orang di atas maka yang sebaiknya kita juga hendaklah suka ditegur oleh orang lain tanpa melihat kedudukan dan status orang tersebut.

Jika ini yang dapat kita lakukan maka sikap ini membuktikan kita adalah muslim yang baik dan sempurna imannya kerana di antara tanda-tanda kebaikan orang yang beriman dan beramal soleh ialah tegur menegur ke arah kebaikan.

Marilah kita hidupkan budaya tegur menegur di dalam kehidupan kita yang sementara ini bagi memastikan ianya kenyataan maka marilah kita kikiskan sifat sombong dan takabbur di dalam diri kerana ia adalah penghalang kepada hasrat dan cita-cita murni kita untuk menjadi umat Islam yang suka menyukai saudara-saudaranya melakukan amal kebaikan di dalam hidupnya.

Marilah kita bersungguh-sungguh menjayakan amalan mulia ini dan janganlah hanya sekadar memasang angan-angan kerana angan-angan tidak akan membawa kita ke mana-mana.

Ahad, 14 November 2010

Majlis Graduasi Haikal (Tabika Perpaduan 5 Tahun)


Suke sgt ngan aDiah Beg Bakugan....Haikal Mmg Suke Wat Koleksi Beg...:)



Posing Jap!!




BelOm habis Lagi Tau Taun depan Skolah kt cni Lg :)

Sabtu, 13 November 2010

10 Fadhilat Coca Cola > > > > > >




10 Fadhilat Coca Cola > > > > > >
"Setiap hari selasa ngan rabu aku mesti minum air coke nie lepas training rugbi. Memang sedap air nie. Sedap giler! korunk pun mesti ade yg suke air nie. Sama ada korunk tau atau x, sebenarnya air coke nie ade 10 'kebaikan' yg x disangka-sangka. Aku dpt bende nie dari emel yg member aku bagi. Ape lagi!! > > > > > >

" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola. > > > > > >

Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? > > > > > > Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini : > > > > > >

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang! > > > > > >

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak? > > > > > >

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang! > > > > > >

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta. > > > > > >

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka. > > > > > >

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke. > > > > > >

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal! > > > > > >

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni! > > > > > >
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis. > > > > > >
Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat. > > > > > >

9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni! > > > > > >

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah

Kenapa Orang Yahudi Tak Minum Coke dan Pepsi
>>> >>> Disampaikan oleh seorang sahabat.....
>>> Assalamualaikum kengkawan...
>>> >>> last weekend, ada ustazah usrah kami beritahu... masa dia belajar kat
>>> mesir dulu, dia punya lecturer ada cerita... dulu ada sorang mamat
>>> yahudi ni datang egypt to study the muslims' lifestyle kat sana
>>> setelah serangan secara fizikal ke atas umat Islam tak berjaya. dia
>>> nak carik jalan untuk serang cara lain. tapi Alhamdulillah, dia telah
>>> diberi hidayah semasa dia dok study umat Islam kat mesir tu. dia
>>> beritahu lecturer ustazah ni, one of the things the jews do untuk
>>> hapuskan keturunan umat Islam is to produce coca cola & pepsi yang di
>>> dalamnya ada chemical to retard the reproduction organs for both men &
>>> women. menurut mamat tu, kat israel tak ada jual coke & pepsi sbb
>>> diorg tahu apa kandungan kat dalamnya and since jew is agama
>>> keturunan, diorg tak nak le mandul! kalau korang pernah terima
>>> forwarded email pasal bertapa acidicnya coke tu sampai boleh dissolve
>>> tulang & gigi (calcium containing compounds) and boleh buat cuci
>>> toilet! and for ladies, kalau minum coke boleh cause menstruation if
>> you're a wee bit late. so kalau minum banyak & atthat time baru lekat
>>> zuriat, ada chances keguguran le, kan ? Therefore, untuk kemakmuran
>>> umat Islam & untuk kesihatan & untuk tak support jewish companies,
>>> pls stop drinking & buying coke & pepsi.

Rabu, 10 November 2010

43 Perkara Yang Menyekat Rezeki

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1.
tidak sembahyang atau solat.
2.
tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4.
memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6.
berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8.
suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14.
suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19.
tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28.
membasuh kaki dengan tangan kanan.
29.
membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35.
berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41.
mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42.
menguap ketika solat.
43.
meludah di tempat buang air besar atau air kecil.


Yang highlighted to adalah yg kerap kita terbuat.

Ayat Tersirat Perempuan

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nakmasak, basuh kain-baju lagi…
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla…
Makna tersembunyi: Hish… I rasa macam minat sesangat kat you la… Rasa macam nak jadi awek you je.

Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

Selasa, 9 November 2010

Tahukah anda !!!


1. Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu?(Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pulaadalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Barah akibat penggunaan bahan dalam Shampoo. Balik rumah danpergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jikakandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium LaurethSulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barahdalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampooyang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, PaulMitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan buih yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan buih.

4. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yangbadan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.

5. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuahperusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja. Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.

Kalau tak percaya! boleh hubungi utk pengesahan kepada Penama ni..
Nor Hamizi Md. AminPenolong PendaftarUnit PerkhidmatanBahagian Pengurusan Sumber Manusia & PentadbiranJabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia11800 Minden, Pulau PinangTel: 04-6532694

Rabu, 3 November 2010

Memaafkan Untuk Syurga

Setiap hari di bumi Allah, kita berhubungan dengan makhluk lain ciptaan Allah terutamanya sesama manusia.

Jika kita seorang ibu yang bekerjaya, selalunya kita akan berhadapan dengan suami, anak-anak, rakan sekerja dan ramai lagi.

Pastinya dalam hubungan itu, kadangkala hati kita disakiti atau muncul perasaan benci kerana berlaku salah faham.\

Kadangkala amat sukar untuk kita memaafkan. Apatah lagi melupakan sesuatu yang menyakitkan hati dan perasaan.

Kita selalu memberi alasan bahawa iman kita bukanlah sehebat iman seorang Nabi.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW duduk bersama sahabat di dalam masjid lalu baginda bersabda dengan ertinya: "Sekarang ini seorang lelaki penghuni syurga akan muncul dari sebelah pintu itu."
Maka muncullah seorang lelaki yang baru sahaja selesai mengambil wuduk.

Janggutnya masih basah dan menitiskan air sisa wuduk. Kemudian dia solat sunat dua rakaat dan setelah itu dia duduk.

Pada hari kedua Rasulullah SAW berkata lagi dengan ucapan yang serupa dan begitulah juga pada hari ketiga.

Ibnu Umar RA mengekori lelaki tersebut dan memohon agar dapat tidur di rumahnya. Dia amat hairan kerana lelaki tersebut biasa-biasa sahaja. Seperti orang lain juga yang mendirikan solat, berpuasa, berzikir dan lain-lain.

Lalu Ibnu Umar RA bertanya kepadanya, "Wahai saudara! Demi Allah sebenarnya aku ingin mengetahui cara amalanmu kerana aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda sebanyak tiga kali bahawa kamu termasuk salah seorang penghuni syurga. Amalan apakah yang kamu lakukan sehingga kamu boleh meraih penghargaan yang hebat daripada Rasulullah SAW? Setiap malam aku memerhatikan amalanmu, tetapi solat sunatmu tidaklah terlalu banyak, dan begitu juga dengan amalan lain yang tiada beza dengan kebanyakan orang."

Lelaki itu menjawab, "Demi Allah, tiada tuhan selain Dia! Sebenarnya amalanku biasa-biasa sahaja. Tiada perkara yang perlu dilebihkan dari kebanyakan orang. Namun apa yang terpenting, iaitu ketika aku ingin tidur pada waktu malam, aku tidak pernah menyimpan rasa dendam, tipu daya, hasad dengki dan iri hati kepada mana-mana orang Muslim. Hanya itulah yang aku lakukan sepanjang hidupku."

Maha Suci Allah, sungguh hebat darjat seorang Muslim yang suci hatinya dari perasaan dendam, hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia.

Mereka tenang di dunia dan juga bahagia di akhirat.