Rabu, 25 Ogos 2021

Masih dalam era Covid-19

Hai semua, assalamualaikum..

Tak sangka jumpa balik blog ni walau dah tinggal lama. Last kyra update 2017 kot.  2018 dah busy dengan persiapan kahwin (akhirnya kahwin jgk..hahaha). disebabkan boring kot, bertukar lagi kerjaya.. hurm dah takdir kot ke Bangi pulak, asal merantau Bangi, akhirnya balik ke Bangi. Ah bosan la cerita pasal kerjaya ni.

Okay. di pendekkan cerita 2021 dah ye. Cepat je masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah masuk era Covid-19. Virus yang bahaya &  boleh membunuh. 2 tahun ni, PKP, PKPB, PKPD & PKPP je. Rindu nye 2 tahun lepas, bebas je kemana2.. ke sana ke sini.. bercuti, balik kampung..mandi pantai harghhh!!

Jadi, kita stay at home & jaga diri. Mungkin inilah ujian dari Allah S.W.T untuk hamba- Nya yang leka dengan duniawi semata. Harap cepatlah semua ni berakhir. Aamiin..




Rabu, 7 Jun 2017

KENAPA KITA PERLU TAKAFUL


Okay.. Jom kita baca..๐Ÿ‘‡๐Ÿ˜Œ

---------------------------------
KENAPA KITA PERLU TAKAFUL
---------------------------------
Sesungguhnya Rasullullah S.A.W pernah bersabda:
Hadis riwayat Al-bukhari;-
"Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta"
Kita selalu diingatkan supaya menabung untuk hari tua. Tetapi pernahkah kita tanyakan diri kita sendiri, adakah kita pasti akan merasai hari tua? Atau setidak-tidaknya hidup sihat dan mampu mencari nafkah dan pendapatan untuk keluarga. Pasti ramai antara kita yang mempunyai tabungan di ASB, Tabung Haji, Unit Amanah, Bank, Pelaburan dan sebagainya sebagai persediaan. Saya cuba gambarkan satu analogi di sini.
Simpanan sebulan: RM150, setahun = RM1800
Apa akan terjadi jika anda ditakdirkan tidak lagi mampu mencari nafkah untuk keluarga kerana kecacatan kekal ataupun meninggal selepas tahun ke-5? Berapakah nilai wang yang ditinggalkan untuk keluarga anda, RM9000? Pada hemat anda cukupkah nilai RM9000 bagi keluarga anda untuk memulakan hidup baru?
Sumbangan sebulan: RM150, setahun RM1800
Tapi jika anda membuat sumbangan yang sama jumlahnya setiap bulan dengan Takaful (Islamic Insurance) ini yang akan anda dapat.
1) Walaupun anda menyumbang kurang dari setahun keluarga anda akan mendapat manfaat kewangan sehingga RM80,000* jika anda ditakdirkan meninggalkan mereka pada tahun pertama. Ataupun manfaat kewangan sehingga RM180,000 jika anda meninggal pada tahun akhir kontrak.
2) Ataupun jika umur panjang dan ade rezeki anda akan dpt simpanan pada umur matang berjumlah lebih kurang RM100,000*
(*anggaran untuk lelaki berumur 30 tahun dengan sumbangan asas sahaja dan tempoh matang 35 tahun)
**Jadi jika anda mempunyai simpanan di ASB, Bank, Tabung Haji dan sebagainya sila teruskan, tetapi anda MESTI dapatkan perlindungan Takaful untuk keluarga anda. Setidak tidaknya beban mereka dapat dikurangkan jika anda ditakdirkan tiada lagi

๐Ÿ“ฒ 010.917.4782
KENAPA PERLU TAKAFUL?

Sambungan... kerjaya sebagai Financial Counselor Etiqa Takaful

Assalamualaikum, Salam Ramadan.๐Ÿ˜Œ

Okay kesinambungan story semalam. Ini adalah batch Kyra.. yang masuk sekali bulan January 2017


Kami seramai 17 org kalau tak silap pada mulanya.. tetapi sampai bulan 6 ni yang masih berjuang 3 orang je yang tinggal.. huhu. Masing2 dah memilih untuk tukar kerjaya lain. Tapi tak pe, walaupun geng ramai yang tak ade, kami teruskan la bertiga. WAL, KYRA & KAK LAILI...hehe.. doakan kami tak patah semangat untuk teruskan buat perkongsian tentang pentingnya Takaful untuk semua. 

Okay kenapa Kyra pilih kerjaya ni.??. Memang susah dan menguji kesabaran sebab nak kena face up dengan bermacam- macam ragam manusia. Tapi itulah cabaran namanye. Kerja sebagai Financial 
counselor ni kena pandai arrange masa sendiri, bukannye kerja office hour dek oiii.. Dan boleh jadi hilang kawan-kawan sebab doraang ingat kite nak pakse dorg join Takaful. Sebenarnye untuk kebaikan dan masa depan korang jugak. Stress tu ttp ade.. kerja ape yang tak stress, boleh bgtau Kyra...hahaha..๐Ÿ˜†

Ade masa terluang boleh jenguk page fb Kyra kenapaperlutakaful






Selasa, 6 Jun 2017

Kerjaya baru.. I'm feeling in LOVE with this job.. kenapa?? Mari baca...

Assalamualaikum wbt ..Terlebih dahulu, Kyra nak ucapkan Salam Ramadhan dan Selamat berpuasa kepada semua umat Islam..Okay..sedar tak sedar.. it's about 6 month Kyra jadi Takaful agen..kejap je dah setengah tahun. Walaupun dah bersara sebagai sales advisor Perodua, Kyra masih ade Perodua regular customer & kalau nak beli kereta Perodua boleh je. Whatsapp no ni 60109174782. Masih no yang sama la uolls..

Okay, nak story sikit macam mana boleh terjebak dengan Takaful. Mula-mula masa interview tu memang tak terfikir pun kerja Financial Counselor tu macam mane. Tapi, setelah 6 bulan Kyra kat agen ni, rasa seronok lah pulak. Banyak benda baru yang Kyra belajar dan mula faham. Dan pernah terfikir kenapa dari dulu tak buat benda ni. Tak pe nanti Kyra story lebih detail next post ye..cuba korang teka dulu..dari segi ape? income? experience or ??

Selamat bersahur ye.. kena tidur awal ni. Okay gud nite uolls :)

Ade masa terluang boleh jenguk page fb Kyra kenapaperlutakaful


Kenangan Nami Island...






Dalam pada menunggu teksi tu..jumpa la dengan geng orang Malaysia. Dorang dari Melaka..Mula-mula tu nak naik bas...pastu mereka ni ajak naik teksi. Sebab dorang dah terlebih seorang. Tak de la mahal sangat. Kira satu teksi 4000 woon. Memang tak dinafikan ramai orang Malaysia kita ni kat Korea. Tapi yang bertegur tu susah la nak jumpa.. 


Inilah Q untuk menunggu teksi. Bagus macam ni tak berebut. Masing2 dah tau giliran.


Kat sini.. ade dua cara nak ke Pulau Nami. Ikot jalan laut & Jalan udara..hehe.. jalan udara bukan la kena naik flight. Tapi guna zip wire ni.. Kalau gayat tak payah la cuba..nanti pengsan pulak..
Kami memilih untuk menaiki bot je..sebab ape? sebab rase lebih selamat..hehe Sebenarnya takot..



Tiket bot pon dah beli.. Harga tak silap dalam 800 woon.. Jom la kite..ke Pulau Nami


Ramai gile..tak terkira..penuh 1 bot baru gerak..kena beratur la tunggu trip...






Nampak tak?? orang kelate la tu...rasenye la.. hehe


Pulau Nami ni bukan je nak pergi tengok permandangan yang cantik je..tapi, memang boleh jadi tempat beriadah keluarga. Ramai jugak orang korea datang berkelah bersama keluarga. Ktorang datang bawak keropok je..Nak jelajah satu Pulau Nami ni memang penat jugak la & menyebabkan rasa lapa gila.. Ade jugak kedai makan tapi tak banyak la..